JANGAN MENYERAH

JANGAN MENYERAH

Sabtu, 16 Julai 2011

Geng Kapak Turut serta dalam Banci Penduduk dan Perumahaan 2011

Alhamdullilah untuk tahun 2011 ini. 3 org ahli geng Kapak telah ikut serta dalam Banci penduduk dan Perumahaan 2011. Ahli2 itu ialah Bak, Zuden dan Hafiz. Peluang menjadi penemuduga ini hanya datang sekali dalam setiap 10 tahun. Setiap ahli telah di beri mandat menemuduga hampir 50 buah rumah setiap seorang.. Dan Syukur pada illahi ahli2 geng kapak yg terpilih telah mengalas tugas serta mengharungi cubaan dan dugaan (mcm rumah bekuyuk, tuan rumah marah2, tuan rumah betapuk n lari2, janji tidak ditepati dan lain2 lagi)dengan cemerlang.
Masa BerSuMpah di Di dewan UBd





SiBuk hantap c zuden mgemas kini kan maklumat yg diperolehi..hmmm


Berbekal kan ungkapan 'jangan Menyerah' dan tawakkal pada Allah swt tugas ini pun sempurna dilaksanakan.. Syabas Geng Kapak!! hehe

Geng KapaK Cuti2 Ke KK...


Pada BulaN Mei Lalu, 4 ahli Geng kapak Berkesempatan bercuti Ke KK Sabah.. Mereka ialah BaK, Zuden, Along dan Saiful..
Pulau Manukan n Pulau Memutik









Poring di sabah dan di kaki Gunong Kinabalu









Insyallah jika berkesempatan lagi..geng2 kapak akan join lagi ke KK.. hehe..


GeNg KapaK RedaH TemBuronG..




Pada 6.12.2010 tahun lalu, Jentera Geng Kapak berkesempatan bersantai di daerah Temburong bagi menyerang sungai temburong yang dikatakan sangat ber-udang galah lagi ber-buaya.


Serangan Geng-Kapak bermula sekitar pukul 8mlm membawa ke esokkan harinya yang mana memaksa Geng-Kapak menyewa pondok di sekitar kawasan itu. Harga sewaan adalah sangat menarik mengalahkan discount2 yang ada di supermarket di dunia ini, kerana sewaan nya hanya $10. Generator elektrik dan lampu2 juga disediakan yang mana telah memudahkan ahli2 Geng Kapak beraksi seperti memasak maggi & indomee,mengoreng sosej & udang(malangnya minyak makan tidak ada, hanya memakai lebihan minyak indomee), mencuci piring(kerana kebersihan adalah amat dititik beratkan), menset joran,menari, mencari barang hilang,mengupas kulit udang dan sebagainya. Kejayaan yang di capai GengKapak hanya lah di gred kan sebagai Gred D, memandangkan hanya seekor sahaja udang galah mampu dinaikkan oleh Along Kazuya, yang lainnya hanya ikan2 sungai yang comel2 belaka. Bekalan Makanan yang di bawa pada kali ini mendapat Gred A, Tahniah GengKapak!. Walaubagaimana pun syabas Along kazuya "you the best".. ahli2 gengkapak yang juga turut serta dalam pertarungan ini ialah Runy,Bak,Zudin,Hafiz,Joe. Dan GengKapak juga berterima kasih kepada ahli GengKapak Cawangan Temburong iaitu pasangan Suami isteri G-Jazz & Kak Nang kerana sudi menaja Sarapan Pagi.


TiMe Pagi Di TemburOng


Runy Mengambil Gmbr Kenangan..adeh..




meNiKmati SuasaNa Damai..Hmmm


Kipas berkuasa Bateri yg sangat istimewa ini di sponsor sepenuhnya oleh Runy

modeL Kipas oleh ZudeN...boleh Lah...haha


Para Geng kapak sedang Rehat (ingat jua drg kan tido) hehe



gaya seorang PRO.. steady..


Mari memasak.. bak N hafiz..


Megi Kari Spesial diTuTopi Oleh TeLuR sepenuhNya... Sedia untuk di Nikmati..hehe



Busy menyediakan makan malam...Sal parut sudaH memberi Isyarat uNtuk di ISI...HAHa


Sesi Perbincangan Pasal Bekalan MakaNan Yang BanyaK.haha (3 Hari pun Alum Tantu Abis)

time baru sampai mengambar dulu..haha.. 7.40Pm




Apa2pun, GengKapak akan berusaha dan berhasrat mencuba lagi di lain kesempatan, kerana sesuai dengan motto GengKapak iaitu"Jangan MenyeraH Beb!".





assalamualaikum.. wah.. lama dah nda beupdate blog ane...kn setahun dah.. haha.. ku cuba update mana yg termampu.. hehe

Rabu, 6 Oktober 2010

GENG KAPAK BERHARI RAYA @ Syawal 1431H



Pada sebelah Petang Ahad 26.09.2010.. Geng Kapak telah beraksi dalam misi serangan raya 2010. Serangan Geng Kapak pada mulanya dilancarkan di kg Kupang dan target ialah Boss Zini. Walaupun keadaan sedikit membimbangkan ketika hendak melancarkan serangan tersebut kerana kawasan yang sangat mencabar, dengan doa dan harapan serta berpandukan Motto 'Jangan Menyerah', Geng Kapak telah berjaya menakluki kawasan jajahan Boss Zini tersebut. Bagaimanapun Geng kapak masih tidak berasa puas dengan serangan keatas Boss Zini, Geng kapak tanpa belas kasihan telah menyerang kediaman Gjazz dan Isterinya di Kg Tanjung Bunut. Dengan ketekunan dan keberanian Geng kapak, buat kali kedua Geng Kapak berjaya
menakluki kawasan jajahan Gjazz. Misi terakhir ialah menyerang kubu pertahanan Bro Yan@ joe di Kg Rimba. Walaupun terpaksa mengharungi hutan rimba yang amat menyukar, Geng kapak sampai juga ketempat sasaran dimana serangan 3 bom atom dilancarkan disitu. Letupan 3 bom atom itu telah mengegarkan kedai India sehingga orang-orang India lari lintang pukang menyelamatkan diri sambil berkata "AMA ayoyo kawan, Geng Kapak sudah mari". Sekali lagi Geng Kapak menakluki jajahan Bro Yan@ Joe tanpa segan silu. SYABAS Geng Kapak!!!



Terima Kasih kepada Boss Zini@keluarga , GJazz@keluarga & Joe@keluarga. Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin.

Biskita di dunia Geng Kapak