JANGAN MENYERAH

JANGAN MENYERAH

Rabu, 6 Oktober 2010

GENG KAPAK BERHARI RAYA @ Syawal 1431H



Pada sebelah Petang Ahad 26.09.2010.. Geng Kapak telah beraksi dalam misi serangan raya 2010. Serangan Geng Kapak pada mulanya dilancarkan di kg Kupang dan target ialah Boss Zini. Walaupun keadaan sedikit membimbangkan ketika hendak melancarkan serangan tersebut kerana kawasan yang sangat mencabar, dengan doa dan harapan serta berpandukan Motto 'Jangan Menyerah', Geng Kapak telah berjaya menakluki kawasan jajahan Boss Zini tersebut. Bagaimanapun Geng kapak masih tidak berasa puas dengan serangan keatas Boss Zini, Geng kapak tanpa belas kasihan telah menyerang kediaman Gjazz dan Isterinya di Kg Tanjung Bunut. Dengan ketekunan dan keberanian Geng kapak, buat kali kedua Geng Kapak berjaya
menakluki kawasan jajahan Gjazz. Misi terakhir ialah menyerang kubu pertahanan Bro Yan@ joe di Kg Rimba. Walaupun terpaksa mengharungi hutan rimba yang amat menyukar, Geng kapak sampai juga ketempat sasaran dimana serangan 3 bom atom dilancarkan disitu. Letupan 3 bom atom itu telah mengegarkan kedai India sehingga orang-orang India lari lintang pukang menyelamatkan diri sambil berkata "AMA ayoyo kawan, Geng Kapak sudah mari". Sekali lagi Geng Kapak menakluki jajahan Bro Yan@ Joe tanpa segan silu. SYABAS Geng Kapak!!!



Terima Kasih kepada Boss Zini@keluarga , GJazz@keluarga & Joe@keluarga. Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin.

Jumaat, 10 September 2010

SeLamaT HaRi Raya aidilFitri From GENG KAPAK



PUISI KU UNTUKMU...

'Kesucian SyawaL'

Suatu Kemenangan dikecapi
Pada Setiap Insan Dunia
Yang Mengerti Suatu perjuangan
Dibulan suci Ramadan Al Mubarak
Menadah Tangan Kesyukuran
Pada Illahi Kerana Masih diDunia ciptaan nya

Kedengaran Kesayuan Suara Takbir
Menyelubungi maya
Terasa Kesyaduhan menerpa jiwa
Menggamit hati membawa bahgia

Di bulan Suci Syawal ini
Ku mohon Kemaafan
Andai diri Terlanjur silap
Mengguris hati yang tiada nampak
Pada diri yang hanya insan biasa

Ku hulur tangan pada ayah bonda
Ku cium tangan yang penuh jasa
Punca cahaya hidupku
Menabur Kasih tiada terhenti
Yang tak mampu ku cari
Sehingga diri mampu berdiri

Pada mereka yang telah pergi
Linangan airmata tanda bukti
Kerinduan yang mengusik hati
Membawa hiba di hari suci
Meredahi ketentuan illahi
Dengan doa agar mereka
Dicurahi rahmat bersama
Orang-orang yang dikasihi nya jua
al-fatihah

Selamat hari raya Aidilfitri'

Coretan dariku,
Bak

Ahad, 8 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431H / 2010M @ Dari kami GENG KAPAK


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Geng-geng sekalian,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Khamis, 29 Julai 2010

OUR BBQ @ JOE GENG KAPAK

Pada malam Jumaat, 29/07/2010. Ahli Geng Kapak iaitu JOE telah membuat majlis BBQ yang telah berlangsung di rumah joe sendiri. Upacara telah bermula pada pukul 7 malam. Walaubagaimanpun, seorang ahli Geng Kapak iaitu si Bagol( siapa lagi mun bukan ia) telah datang lebih awal pada pukul 6 lalu. Tindakan Si Bagol itu amat dicurigai oleh ahli -ahli Geng Kapak yang lain. Beliau adalah insan yang sangat misteri dan tinggi.
Sehingga sekarang tindakan beliau itu masih belum dapat di bongkar. Ahli ahli Geng Kapak yang turut meyamak kan majlis ialah Bak, Zuden, Along, Runy, Wadi dan yang mulia Saiful. Konsep 'BERGABUNG MELETOP' telah membinasakan sayap-sayap ayam, sosej, ikan, apabila menerima padah BBQ cara Geng Kapak. Majlis berakhir pada pukul 2.30 pagi.



TERIMA KASIH JOE !!!!

Rabu, 28 Julai 2010

GENG KAPAK-JENTERA TEMPUR DI LAUTAN


Pemancing GENG KAPAK ternyata bersinar di arena sukan pancing ini..apakanz.. Lihat saja ikan ikan yang telah di kecundangkan oleh GENG KAPAK. Bayangkan kebrutalan, keganasan, kelaparan GENG KAPAK ini, sungguh menakutkan. Namun GENG KAPAK tidak akan gentar walaupun amukan alunan Ombak sering menduga stamina yang melalaikan sehingga GENG KAPAK mabuk ditengah lautan.



Antara ikan-ikan yang telah dikecundangkan oleh GENG KAPAK seperti, Sapah-sapah, Ketambak, Beberahan, Kerapu, Lapih dan sebagainya lah..



















Nah, ini telah membuktikan yang GENG KAPAK tidak main-main dalam soal bertempur di lautan. hmm.. watever

Selasa, 27 Julai 2010

Aktiviti GENG KAPAK





GENG KAPAK mempunyai aktiviti yang tidak kurang hebatnya dan bermutu tinggi., antaranya ialah bola sepak, futsal,badminton, pancing dan sebagainya. Jika ditanya mengenai kekuatan pasukan GENG KAPAK bermain bola, saya sendiri kurang cerdik untuk menjawab soalan itu. Dan bila ditanya mengenai badminton, saya akui 'hmm ok ada class jua' dan bila ditanya pasal mengail.. Saya dengan Lantang mengatakan ' steady kali ah"haha..

SIAPA GENG KAPAK???


GENG KAPAK adalah sebuah persatuan yang lahir dari sebuah organisasi kerajaan yang sekenali sebagai JPK. Mengikut sejarah, Geng Kapak telah di tubuhkan sekitar tahun 2006 lagi. Tarikh sebenar penubuhan GENG kami adalah kurang pasti, memandangkan GENG kami bergerak secara 'Slow and Steady'.

Biskita di dunia Geng Kapak