JANGAN MENYERAH

JANGAN MENYERAH

Rabu, 6 Oktober 2010

GENG KAPAK BERHARI RAYA @ Syawal 1431H



Pada sebelah Petang Ahad 26.09.2010.. Geng Kapak telah beraksi dalam misi serangan raya 2010. Serangan Geng Kapak pada mulanya dilancarkan di kg Kupang dan target ialah Boss Zini. Walaupun keadaan sedikit membimbangkan ketika hendak melancarkan serangan tersebut kerana kawasan yang sangat mencabar, dengan doa dan harapan serta berpandukan Motto 'Jangan Menyerah', Geng Kapak telah berjaya menakluki kawasan jajahan Boss Zini tersebut. Bagaimanapun Geng kapak masih tidak berasa puas dengan serangan keatas Boss Zini, Geng kapak tanpa belas kasihan telah menyerang kediaman Gjazz dan Isterinya di Kg Tanjung Bunut. Dengan ketekunan dan keberanian Geng kapak, buat kali kedua Geng Kapak berjaya
menakluki kawasan jajahan Gjazz. Misi terakhir ialah menyerang kubu pertahanan Bro Yan@ joe di Kg Rimba. Walaupun terpaksa mengharungi hutan rimba yang amat menyukar, Geng kapak sampai juga ketempat sasaran dimana serangan 3 bom atom dilancarkan disitu. Letupan 3 bom atom itu telah mengegarkan kedai India sehingga orang-orang India lari lintang pukang menyelamatkan diri sambil berkata "AMA ayoyo kawan, Geng Kapak sudah mari". Sekali lagi Geng Kapak menakluki jajahan Bro Yan@ Joe tanpa segan silu. SYABAS Geng Kapak!!!



Terima Kasih kepada Boss Zini@keluarga , GJazz@keluarga & Joe@keluarga. Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin.

Biskita di dunia Geng Kapak